Punca rasa marah Peristiwa_Kampung_Rawa

Tanah-tanah milik Melayu semakin berkurang di situ kerana dijual pada harga yang tinggi. Kedudukannya yang terletak di tepi jalan , berhampiran dengan Jelutong dan Gelugor menyebabkan nilai tanah semakin tinggi.

Puncanya di[katakan berpunca dari pembinaan kuil Hindu dan masjid sebelah-menyebelah di situ, kira-kira 20 meter sahaja . Rasa tidak puas hati wujud sejak sekian lama kerana suasana bising mengganggu di antara satu sama lain yang menyukarkan mereka untuk bersembahyang. Loceng kuil dibunyikan setiap subuh dan waktu sembahyang. Penganut Hindu juga mendakwa masjid itu juga bising kerana bunyi azan 5 kali sehari dan majlis ceramah agama. Runtuhnya Masjid Babri di Gujerat ,India turut menyebabkan rasa tidak puas hati.